Senarai program-program menarik TV3 sepanjang Ramadan ini

JEJAK RASUL ULUL AZMI

Tarikh/Masa Siaran: 3 Mei – 2 Jun, Jumaat – Ahad, 6.30 ptg – 7.00 mlm (30 min) 15 episod
Hos : Fedtri Yahya
SINOPSIS
Bersama Fedtri Yahya dalam perjalanannya menjejaki sejarah Nabi Musa A.S di sekitar Mesir, merungkai hubungan di antara Nabi Musa dan Firaun Ramses II dalam Jejak Rasul Ulul Azmi. Jejak Rasul Ulul Azmi juga akan memaparkan peralatan bersejarah di era Nabi Musa dan juga keindahan Mesir.

SAHABAT BACKPACKERS

Tarikh/Masa Siaran : 28 April – 2 Jun, Ahad, 6.00 ptg – 6.30 ptg (30 min)
Hos : Da’i Raisyah, Da’i Syafiqah, Da’i Haziq, Da’i Imran
SINOPSIS
Pengembaraan empat Da’i muda menjelajah dan meneroka keindahan negara islam di Indonesia, Turki dan Sepanyol  secara ‘backpackers’! Da’i Raisyah & Da’i Syafiqah akan ke Acheh. Da’i Imran mengembara di Turki, sementara Da’i Haziq pula ke Sepanyol dalam usaha mereka merakamkan pengalaman dan kenangan bersama komuniti Islam di sana. Setiap episod dilengkapkan juga dengan bait-bait ayat suci Al-Quran dan tips mengembara secara “backpacking”.

TANYALAH USTAZ: MENGHAYATI FIRMAN-NYA
Tarikh/Masa Siaran : 6/5/2019 – 4/6/2019, Setiap hari, 6.30 pg – 8.00 pg (90 minit), 30 episod
SINOPSIS
Istimewa Tanyalah Ustaz: Menghayati Firman-Nya ini adalah siri yang akan bersiaran selama 30 episod sepanjang Ramadan dan memfokuskan hanya mengenai kandungan kitab Al-Quran dan membincangkan secara lebih teliti mengenai kelebihan dan taddabur ayat. Setiap episod akan menampilkan seorang Da’i dan seorang Ustaz yang terkenal.

JOM BERBUKA (F&N Condensed Milk)

Tarikh/Masa Siaran: 27 April – 1 Jun, Sabtu, 5.30 ptg – 6.00 ptg (30 min) 6 episod
Selebriti: Aesyah London, Siti Sarah & Shuib , Atu Zero & Family, Achey & Family, Wany Hasrita, Wani, Afieq Shazwan, Tajul (1 episod) and Rita Rudaini & kids
SINOPSIS
Saksikan gelagat selebriti terkenal Malaysia dalam membuat persediaan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan ketahui juga perkembangan terkini mereka dalam Jom Berbuka.

PESAN MAKAN

Masa Siaran: 27 April – 1 Jun, Sabtu, 6.00 ptg – 6.30 ptg (30min), 6 episod
Hos: Shuk Sahar, Ally Mazlien & Qistina Raisah
Artis Jemputan: Fahrin Ahmad, Naim Daniel, Ropie, Syamel, Erni Zakri & Elisha Sanda.
SINOPSIS
Setelah kejayaan Pesan Makan musim pertama di ntv7 tahun lalu, Pesan Makan kembali dengan musim kedua di TV3! Pesan makan mengisahkan dua adik beradik yang mempunyai idea untuk memulakan perniagaan di atas talian dan mengharungi pelbagai rintangan. Ikuti kisah drama komedi yang menampilkan Shuk Hot Fm dan Qistina Raisah sebagai adik kandungnya. Adakah di musim ke dua ini, kita dapat saksikan Shuk bakal berkahwin dengan Elly Mazlein?

1,2 BAKAR KUIH RAYA
Tarikh/Masa Siaran: 28 April – 2 Jun, Ahad 11.30 pg – 12.00 tgh hr (30min), 6 episod
Hos: Chef Anis Nabilah
Artis Jemputan – Kaka Azraff, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Daiyan Trisha, Altimet, Zara Zya
SINOPSIS
Chef Anis kembali lagi dengan sentuhan masakanya bersama rakan-rakan yang terkenal untuk menikmati masakan yang dihidangkan. Tetapi pada kali ini makanan akan lebih fokus kepada membuat kuih raya dan hidangan hari raya yang istimewa.

APA NAK MAKAN NI? (Nestle Nestum)
Tarikh/Masa Siaran:  28 April – 2 Jun, Ahad, 5.30 ptg – 6.30pm (30min), 6 Episod
Selebriti: Chef Naem.
Artis jemputan : Azreal Ismail, Ben Laden, Elly Mazlein, Khai Bahar, Noor Khiriah, Akhmal Nazri
SINOPSIS
Antara soalan yang paling susah untuk dijawab apabila ditanya ialah “Apa Nak Makan Ni? “ Dengan adanya Chef Naem, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan memasak di lokasi terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang. Ditemani oleh rakan artis untuk membantu di bulan Ramadan sambil tolong memberi makanan kepada orang ramai yang tersekat dalam kesesakan jalan raya untuk pulang berbuka di rumah! Viewers at home also

SEMBANG SAHUR (V’Asia, Horlicks, 100Plus, Sunsilk)

Tarikh/Masa Siaran: 23 April – 29 Mei, Selasa & Rabu, 11.00 malam -12.00 malam (60 min), 12 episod
Selebriti: Dayah Bakar, Shuk Sahar, Haziq Husni, Hanif Miswan, Teh Syuhaida, Zack Merican
SINOPSIS
Sebuah program bual bicara santai sempena Ramadan dengan perbincangan topik-topik menarik bersama tetamu jemputan. Dapatkan juga resepi-resepi menarik untuk bersahur dan segmen Singgah Sahur di mana hos dan artis akan bersama-sama menziarahi keluarga-keluarga terpilih untuk bersahur bersama-sama mereka.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!