“Semoga segala tanda tanya selama ini telah terjawab” – ZAMANI

Tanda tanya siapa yang sebenarnya menguruskan penyanyi popular, Zamani yang sebelum ini hangat diperkatakan akhirnya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara tersebut.

Zamani telah mengumumkan bahawa kerjaya seninya kini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production dan siapa pengurusnya serta beberapa perkara lain berkaitan kerjaya seninya di Instagram.

“Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.

“Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya.

“Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.

“Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab,” kata Zamani.

Selain itu Zamani turut memberitahu bahawa segala perkara berkaitan ‘merchandising’ yang menggunakan namanya turut akan diuruskan oleh syarikat itu.

“ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.

“Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club),” tambahnya.

Ikuti laman sosial rasmi Zamani di Facebook : Zamani Slam Official Fanpage dan Instagram : zamanislam_official untuk maklumat dan perkembangan terkini Zamani.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum kepada semua. Terima kasih di atas sokongan dan doa-doa anda selama ini terutama sekali untuk Program Gegar Veganza 5 yang lepas. Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan. 1. Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya. Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad. 2. ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya. 3. Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club). Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya - Facebook : Zamani Slam Official Fanpage Instagram : zamanislam_official Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab. Sebarang soalan tambahan boleh diajukan kepada pihak ZIME Production (zimeproduction@gmail.com) atau boleh menghubungi Pengurus saya, Aalan Ahmad (018 258 2805) Terima kasih dan Assalamualaikum. Zamani.

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official) on

 

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!