Selera Siti Nurhaliza di KAFE MAK SALMAH

TAK cuba tak tahu. Dah rasa, tak cukup sekali nak bertandang. Itulah tentang Kafe Mak Salmah di No 35, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur.

Dekorasinya bagai pelanggan berada di  rumah. Dan sajian makanan dan minuman di sini, ada umph!

Istimewanya, kebanyakan yang dimasak adalah yang menjadi kesukaan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan adik-beradik yang lain sejak masih kecil. Mana tidaknya, Siti Salmah Bachik, bonda Siti Nurhaliza sendiri memasak semua jenis lauk pauknya.

Beliau dan anak-anaknya mengusahakan Kafe Mak Salmah.

Nak makan selera Pahang Lemak Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas, Pajeri, Kari Jenahar datanglah ke sini. Terus terang,  Lemak tempoyak Ikan Patin dan hidangan tengah hari di sini, bukan saja sedap harganya pun mesra pelanggan.

“Mak nak begitu. Kata mak, nak masak macam di rumah. Nak saji orang menu keluarga kami dan harga tu tak payahlah nak mahal-mahal.

“Kami beroperasi Isnin sehingga Jumaat dari pukul 10.00 pagi sampai ke 5.00 petang.

“Kami dapat bekalan ikan segar Patin dari Temerloh. Begitu juga bahan-bahan lain mesti yang bersih segar kerana itu menyedapkan masakan.

“Tentang restoran ini, ikutkan kami adik-beradik tak nak mak bekerja. Apatah lagi usianya dah 68 tahun. Mak kata, kalau mak duduk rumah, mak penat. Baik mak kerja. Siti mulanya tak bagi mak kerja.  Tapi kami adik-beradik tak nak halang impian mak.

“Waktu kami masih sekolah mak suka memasak, berniaga karipap. Dan di dapur, semua mak yang masak. Mak kata pembantu, hanya tolong kupas bawang  dan lain-lain. Menumis memasak, itu kerja mak.

“Asal ruang ini, stor di tingkat bawah Siti Nurhaliza Production,” cerita Ayie abang dan bekas pengurus, Siti Nurhaliza.

Jom ikuti video wawancara eksklusif URTV Online dengan Mak Salmah dan Ayie tentang perniagaan keluarganya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!