Selera Kelantan…NASI LEMAK FATIMAH FOOD mengancam

SEDAP si nasi lemak bukan sahaja kerana tak terlalu bersantan tetapi peranan sambal tumisnya, sangat penting. Kalau kena gaya masakannya, mampu `terangkat’. Tak cukup makan sebungkus atau sepinggan!

Itulah juga antara punca  mengapa Nasi Lemak Fatimah Food  termasuk dalam senarai menu `mengancam’   di Kuala Lumpur? Bukan setakat sambal tumis kosong tetapi sambal sotong dan udangnya untuk nasi lemak memang wow!.

Ada yang makan sampai berpeluh-peluh!  Tak kurang, tapau (bungkus), untuk di bawa ke pejabat dan rumah.

“Walaupun kafe kami mengutamakan menu orang Kelantan tetapi untuk nasi lemaknya, isteri saya ( Datin Zainab Che Wok)    menyajikan yang sesuai untuk peminat nasi lemak di sini.

“Kalau ada yang fikir, sambal tumis Kelantan itu manis, di sini  hidangannya  menggunakan cili kering dengan kepedasan yang mampu buat ramai orang suka.

“Selain nasi lemak,  pelanggan   setia suka  nasi dagang , nasi kerabu  juga laksam  yang dimasak mengikut cara di Kelantan.

“Kalau nasi dagang tu dengan  gulai ikan tongkol   lengkap  serunding, nasi kerabu mesti ada  budu dan rencah lain termasuk telur masin dan ulaman, laksam pasti dengan kauh lemak, rencah dan sambalnya,” cerita pengusaha kafe Fatimah Food, Datuk Ab. Ghani Salleh kepada URTV Online.

“Honey Lemon Korea pula ialah salah  satu minuman utama di sini, selain kopi, teh dan lain-lain. Pemanis mulut kami ialah menu bubur pulut hitam. Selain itu, kami juga menjual kuih muih,  kekacang ikan bilis, serunding daging dalam bekas untuk dibawa pulang atau dibuat `buah tangan’  peminat selera Kelantan.. Harga jualan di sini  mesra pelanggan, ada yang  serendah RM4.50 sen,” tambahnya.

Turut sama menikmati selera di sini  bersama-sama liputan  URTV  untuk ruangan Jom Lepak ini ialah  penyanyi  Ayu Damit, Reyhana dan Shafiq Ikhwan yang memuji hidangan Fatimah Food menyelerakan.

“Setakat ini, pelanggan kami bukan saja kalangan pelanggan Melayu  tetapi juga bangsa lain.  Waktu beroperasi setiap hari,  seawal 7.30 pagi  sampailah7.00 malam. Bagaimanapun, setelah tiga tahun di Busana MARA ( bersebelahan Hotel Premiera) ,  masih ada yang tak tahu kafe kami.

“Mungkin tumpuan  pelanggan  lebih ramai di tingkat bawah, sedang  Aras 4  ada butik, spa dan butik “tambah Datuk yang turut mengusahakan butik beg tangan, baju dan barang kemas First Time Arround bersebelahan kafenya itu.

Jadi apa lagi? Pembaca URTV Online, jom lepak makan di sini. Kalau  yang bekerja dalam kawasan berdekatan  boleh  singgah  lepak dan makan  waktu sarapan , tengah hari atau  minum petang.

Jom layan video komen Datuk dan juga rakan artis kita tentang Fatimah Food.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!