Selepas majlis nikah dan sanding… SHAKIRA & ZAMIR  cari tarikh sesuai melancong!

SELEPAS majlis berinai, nikah dan sandingnya berlangsung meriah pada malam 26 , 27 dan 28 Julai baru-baru ini, pasangan pengantin Shakira Idora Jangir Khan, 29 dan suaminya, Zamir Alif , 31 terpaksa melewatkan rancangan mahu  terbang jauh berbulan madu.

Kata anak kedua penyanyi Rohana Jalil yang juga kakak aktres Kilafairy ini, “Alhamdulillah, segala-gala dirancang  mengenai majlis kami  dah berjalan lancar.

“Terima kasih keluarga dan semua yang hadir memeriahkan ketiga-tiga malam sempena majlis kami berdua , dua malam di rumah keluarga saya di Subang Jaya dan juga malam terakhir majlis  persandingan di Forest Valley Hall, Cheras.

“Alhamdulillah semua dirancang selepas kami bertunang setahun lalu,  berjalan dengan lancar.”

Pada majlis bersejarah itu, Zamir yang dikenalinya sejak zaman sekolah dan mereka  bercinta lebih setahun, memberikan hantaran belanja kahwin RM20,000 dengan sembilan bekas hantaran berbalas tujuh. Mas kahwin pula sebanyak RM300.

Pakaian pengantin pada majlis pernikahan dan persandingan hasil rekaan Shanel Harun dengan solekan  Bosco Ryzal. Malam berinai pula Shanel Harun juga dipilih membuat pakaian dan solekan oleh  Suzie Eva Jack.

Tambah  Zamir yang peramah orangnya. “Selepas majlis kami selesai, saya dan isteri  tak cuti panjang sebab dah sibuk dengan perniagaan. Kami berdua  mengusahakan butik Okgo Store.

“Selain itu, saya ada perniagaan dengan rakan kongsi  lain iaitu Life Bits Catering.”

“Rancangan nak berbulan madu bila ada cuti panjang dan kelapangan,” tambah Shakira.

Zamir dan isterinya ada perancangan ke beberapa lokasi tumpuan pelancong dunia iaitu  Jepun, Greece atau Korea.

“Walaupun dah dua kali saya pernah ke Jepun  sebelum ini dan suami pula sebanyak tiga kali, Jepun masih jadi pilihan untuk melancong apatah lagi setelah kami  berbulan madu.

“Mengapa  Jepun? Jawapannya negara ini menarik. Saya suka dengan suasana pemandangan dan persekitaran. Kami rancang nak bulan madu  di Tokyo, Kyoto dan Osaka,” ujar Shakira.

Mendengarkan anaknya mahu ke Grecee, ibu Shakira siang-siang memberitahu mahu `ikut rombongan’ pengantin kalau ke negara itu atau Korea.

Rohana Jalil sebelum ini pernah bercuti dengan suami dan anak-anaknya ke sebelah Eropah meredah kota London, Paris dan Milan.

Selamat Pengantin Baru diucapkan selamat berbahagia. Semoga perkahwinan ini akan terus bahagia dengan rezeki zuriat sampailah ke alam Syurga. Amin.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!