Selebriti terkenal di KONSERT PICNIC@PD

Port Dickson merupakan salah sebuah kawasan bersejarah di Malaysia. Bermula dengan menjadi pusat pelabuhan dan kem latihan tentera yang tertua di Malaysia kini menjadi lokasi pelancongan yang terkemuka. Lokasinya yang begitu strategik serta mempunya gugusan pantai yang cantik dan bersih menjadikan ia sebagai antara destinasi utama pelancongan di Malaysia.

Buat julung kalinya, Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat Madani (MADANI), Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Muafakat Anak Muda PD telah mengadakan program yang diberi nama Picnic@PD selama dua hari bermula 5 hingga 6 Oktober 2018 di Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program Picnic@PD yang sesuai untuk sesisi keluarga. Program yang diadakan bagi menarik orang ramai datang dan menyaksikan keindahan dan tarikan yang ada di Port Dickson itu turut akan melancarkan Tabung Wira Cilik Malaysia bagi membantu khususnya anak-anak Angkatan Tentera Malaysia.

Pada hari pertama, program akan bermula pada malam hari dengan Malam Hijrah bersama Selebriti yang menampilkan selebriti hijrah terkenal tanah air seperti Shamsul Ghau-Ghau, Zul Handyblack, Iwan Dangdut dan dR Sam. Isma Halil akan menjadi pengacara majlis pada malam 5 Oktober ini.

Pada pagi 6 Oktober, program pertama ialah Zumba bermula jam 8.30 pagi dan disusuli dengan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada semua yang hadir.

Slot petang akan diisi dengan Konsert Indie di mana Gerhana Ska Cinta akan menjadi satu-satunya bintang pada petang itu.


“Program kemuncak kami sudah tentunya pada malam 6 Oktober iaitu Konsert Picnic @PD yang menampilkan penyanyi terkemuka tanah air seperti Dato’ M.Masir, Dato’ Awie, Dato’ Hattan, Ito, Blank Gamma, Khalifah Band dan Wany Hasrita.

“Pengacara Konsert Picnic @PD ini tak lain tak bukan ialah pelawak terkemuka Saiful Apek dan personaliti tv Shakila Ismail.

“Kami juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta jualan makanan yang menjadi tarikan di Port Dickson.

“Lebih menarik lagi tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai. Justeru, pihak kami mengharapkan orang ramai khususnya orang muda hadir beramai-ramai bagi memeriahkan konsert ini. Jumpa ada disana!,” kata wakil penganjur.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!