Sekali lafaz, KAKA AZRAFF sah bergelar isteri ADAM AZRIFF

Dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Adam Azriff pada pukul 9.53 malam tadi dalam majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin dengan mas kahwin, RM300.

Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.

Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.

Majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!