SAYA TAK SERIK – FAZLI ZAINAL

SETELAH hasratnya lebih lima tahun lalu nak menganjurkan Minggu Setiausaha dengan bintang terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang `terbengkalai’ atau tak menjadi, Fazli Zainal masih menyimpan hasrat membawa penyanyi itu ke sini lagi.

“Bukan salah beliau mengapa persembahan yang dirancangkan itu batal di saat akhir. Puncanya, masalah penaja. Orang tak boleh kata saya tak berjaya membawanya ke sini, kerana sebelum persembahan yang dirancang sebelum ini, bukankah kami sempat buat sidang akhbar di Kuala Lumpur, di mana Hetty hadir sama.

“Selain meminatinya saya yakin masih ramai lagi masih nak menonton persembahannya. Dia masih sehebat dulu. Inshaa Allah jika berpeluang saya akan berusaha lagi menganjurkan persembahannya di sini, dalam waktu terdekat atau akan datang.

“Saya tak rasa serik untuk membawanya ke sini” kata Fazli yang sekarang makin ligat aktif sebagai pengurus acara dan masih menyanyi.

“Ya saya masih menyanyi dan mempunyai single baharu dan dalam masa sama akan bekerjasama dengan satu pihak untuk menganjurkan karnival.

“Insya Allah bulan puasa nanti bakal mengadakan bazaar beli-belah di sebuah lokasi di Kuala Lumpur,” kata Fazli yang menafikan melarikan diri daripada sebarang publisiti.

“Saya ada saja…tak lari ke mana-mana pun. Kalau wartawan nak interview saya tak menolak pun, jadi tak betul kalau mengatakan saya berdiam, menyepi atau menyendiri,” tambahnya.

Jom layan wawancara video URTV dengan Fazli Zainal  tentang yang terkini dengannya.

Video: Ezzat Hafiz

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!