SAYA RAYU SITI SURUH TIDUR – ROZIE

BUKAN mudah nak berkonsert. Selain kena memastikan mampu membawa semua lagu lagu  dengan baik  dalam konsert dua jam pastilah soal tenaga diambil kira, apatah lagi seorang ibu menyusu anaknya seperti Datuk Seri  Siti Nurhaliza.

Benar, latihannya sudah dibuat awal lebih dua bulan sebelum konsert bergema, namun saat gementar naik ke pentas dikhuatiri mengganggu aksi di pentas apatah lagi jika Siti keletihan.

Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza  Rozie Razak mengaku kepada URTV, dia sampai merayu  Siti  agar tidur dan rehat betul betul sehari  sebelum konsert di Kuala Lumpur.

“Kerana dilihat tak cukup tidur sebelum menjayakan persembahan di Singapura.

“Mujur tak meninggalkan masalah di pentas.

“Siti lewat tidur kerana mahumelayan Aafiyah ke lewat pagi.

“Saya risau juga kalau kalau untuk konsert di Kuala Lumpur, Siti masih kurang tidur,”akuinya.

JOM LAYAN video wawancara dengan Rozie tentang konsert dan lagu tradisional juga baju baju dipakai Siti untuk konsert yang jadi bualan dan pujian. Juga menjawab  tawaran tawaran show dan konsert yang datang makin banyak! Dan punca konsert di London berkemungkinan bertukar tarikh dan bulan.

Video: Nazrin Nazlan

SYARAT UNTUK FFM

Selain itu Rozie juga gembira segmen Tribute untuk Allahyarham Suhaimi Zain, dengan irana tradisional mendapat pujian ramai di ketiga tiga buah negara.

“Saya gembira sebab rancangan Siti dan kami untuk  mengembalikan dan terus mengangkat kehangatan  lagu  tradisional kita, berjaya. Diterima generasi muda dan lama.

“Malah untuk undangan menyanyi di tempat lain sesudah ini, Siti akan bawa juga lagu budaya kita selain yang biasa…pop atau balada. 

“Pada 30 Mac nanti, kalau mahu Siti muncul di Festival Filem Malaysia, kami beritahu penganjur yang Siti  nak nyanyi lagu tradisional kita,”katanya. 

Itu syarat Siti jika mahu diundang menjayakan festival meraikan para seniman filem itu.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!