‘Saya rasa kelakar’ – respon ISMAIL IZZANI isu video bogel

Nama penyanyi Ismail Izzani menjadi perhatian gara-gara sebuah akaun Twitter memuat naik gambar yang mengatakan ia adalah ‘screen shot’ video lucah dirinya sejak sebulan lalu.

Ketika ditemui semasa sesi fotografi duta Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 di hotel Sheraton, Petaling Jaya pada pagi Rabu, Ismail memberitahu dia rasa kelakar bila mengetahui hal tersebut.

“Gambar itu memang bukan saya. Badan pun jauh beza. Saya rasa kelakar bila tengok gambar itu. Rajin betul pihak sana edit gambar tu.

“Kalau nak edit pun jangan lah dekat tandas stesen minyak. Edit la dekat tandas hotel lima bintang ke..hehehe.

“Saya sendiri belum tengok video yang dikatakan video bogel saya itu. Hanya tengok ‘screen shot’ yang disebarkan oleh akaun Twitter itu saja.

“Saya ada dm akaun tersebut dan meminta video penuh yang dikatakan video bogel saya itu. Tapi sampai sekarang masih tak ada sebarang respon,” jelas Ismail.

Tambanya, dia tidak terfikir untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah itu kerana menanggap ia bukan perkara serius.

“Saya rasa tak perlu buat apa-apa laporan atau tindakan, saya yakin siapa pun yang tengok gambar itu pasti tahu itu bukan saya,” kata yang muncul single berbahasa Inggeris berjudul Save Me.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!