“SAYA KESAL” – CHE TA

Foto: JAYDEE

Aktres dan ahli perniagaan Rozita Che Wan, kesal mendakwa bekas pemandunya buat hal lagi.

Sepatutnya hadir memohon maaf pagi ini atas keterlanjurannya memburukkan reputasi  beliau dia laman sosial baru baru ini, tetapi tidak muncul pada sidang media yang diaturkan pagi ini di sebuah hotel, di Damansara.

“Saya percaya anda semua sudah sedia maklum mengenai beberapa kenyataan bekas pemandu saya, Muhammad Riduan bin Mohamad Mizol, terhadap saya yang dibuat beliah di media sosial atau kepada wartawan baru-baru ini. 

“Saya amat kesal dengan pelbagai tuduhan beliau antara lainnya mendakwa saya selaku majikan dengan sengaja tidak mahu membayar gaji beliau dan berniat menganiaya beliau.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak berasas ini telah memalukan saya dan menjatuhkan reputasi di mata masyarakat.  

“Bagi membersihkan nama daripada tuduhan tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa saya, melalui peguam saya telah menghantar notis tuntutan kepada Muhammad Riduan pada 11 Mac 2019.

“Dalam Notis Tuntutan tersebut, saya menuntut antaranya  beliau melakukan perkara-perkara yang berikut iaitu ​tanpa kelengahan menghentikan perbuatan fitnah kepada saya tanpa kelengahan memadam kenyataan-kenyataan serta gambar-gambar yang memfitnah saya.

“Dalam masa 48 jam daripada tarikh notis tuntutan tersebut membuat jaminan dan akujanji secara bertulis bahawa beliau tidak akan mengulang penerbitan kenyataan-kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan yang serupa dan dalam masa 48 jam daripada tarikh notis tuntutan tersebut membuat kenyataan permohonan maaf di platform media sosial beliau dan  secara terbuka di sidang media pada hari ini.

“Walaubagaimanapun, sehingga kini, saya dan peguam saya tidak ada menerima sebarang maklum balas, jawapan, atau dihubungi oleh beliau atau wakil beliau.

“Saya amat kesal dengan keengganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataan tersebut berunsur fitnah dan memalukan saya,”dakwa Che Ta.

“Saya dengan ini memberi peluang kepada beliau sehingga jam 6 petang ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, dan sekiranya beliau gagal, saya terpaksa mengarahkan  peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau berdasarkan beberapa pilihan tindakan undang-undang yang telah kami bincangkan.

“Sebelum berakhir, saya ingin menegaskan beberapa perkara.

Pertama, saya mengadakan sidang media ini untuk memberi pengajaran bukan sahaja pada beliau tetapi sesiapa saja yang menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain tak kiralah samada mereka artis atau sesiapa saja. Anda harus bertanggungjawab dengan setiap tindakan anda dan sedar bahawa anda berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.  

“Kedua, saya memohon agar masyarakat di Malaysia menghentikan budaya menularkan keburukan orang lain di media sosial kerana ia bukanlah satu tindakan yang matang dan baik. Ia hanya akan memberikan anda kepuasan sementara dan merosakkan maruah orang lain untuk jangka masa yang lama.

“Saya bukanlah artis atau individu pertama yang telah menjadi mangsa viral di media sosial. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan isu ini supaya menjadi pengajaran kita semua.

“Kita semua perlu sedar bahawa setiap apa yang ditaip, disiar dan ditularkan di media sosial, media cetak atau sebagainya mempunyai implikasi dan risiko yang tertentu. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahguna media sosial sehingga menjatuhkan imej, maruah dan nama baik seseorang individu tanpa dipertanggungjawabkan ke atas perkara tersebut,” tambahnya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!