“SAYA KENA TENGOK DULU” – UJI RASHID

TAK ada masalah jika berunding dulu. Jangan sebarang-sebarang ada usaha nak membelakangkan ibunya.

“Jika ada tawaran untuk  dia berlakon drama TV, saya kena tengok dulu.  Kena runding. Produser kena rujuklah dengan saya. 

“Syukur dia dah beransur baik, boleh bersuara tapi masih memerlukan masa untuk rawatan.

“Lebih dua tahun Cico berdepan masalah ini kerana dianiaya orang, melihat keadaannya yang dah makin pulih, saya tumpang gembira.

“Tapi untuk Cico kembali berlakon, kena duduk berbincang,  “cerita Uji Rashid yang ditemui URTV,  selesai  majlis pelancaran buku Datuk Rosnani Jamil Dari Sungai  Geringging ke Kota London di  Dataran FINAS Ulu Klang, pada petang13 Februari 2019.

Uji yang baru selesai  menjayakan Konsert Retro di Istana Budaya, Kuala Lumpur, awal Februari baru baru ini dengan Hail Amir, Jay Jat, Dayang Ku Intan, Lan Solo dan Asmindar,  juga mengaku dirinya juga belum mahu kembali berlakon kerana isu duit.

“Belum  ada tawaran  yang saya setuju untuk  terima,”katanya.

Macam yang pernah disuarakannya, bukan  demanding bab bayaran  asal pihak produser tak bayar ciput atau sedia bajet lebih kurang dengan artis senior.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!