“Saya dah kecewakan dia buat kali ketiga” – Erra Fazira mohon maaf pada Umie Aida

Setelah kecoh namanya dikaitkan dalam luahan hati Datin Seri Umie Aida yang dikhianiti sahabat baik sendiri, Erra Fazira akhirnya tampil memberi kenyataan tentang hal tersebut.

Erra memohon maaf dan mengakui melakukan kesilapan terhadap teman baiknya itu menerusi posting di Instagram pada Jumaat.

“Saya mohon maaf diatas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti teman saya, Datin Sri Umie Aida. Dia pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga.

“Dia memendam perasaan ini dan juga pernah text (mesej) saya dengan baik. Dia tak akan bersuara jika tidak ada bukti.

“Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua. Saya belajar daripada kesilapan dan akan baiki kekurangan diri.

“Saya banyak kekurangan dan perlu terus baiki diri. Saya mohon maaf sekali lagi pada semua dan juga pada Datin Seri Umie Aida,” terang Erra Fazira di Instagram.

Terdahulu, Umie Aida telah meluahkan rasa kecewa dikhianati seorang sahabat baik dalam laman sosial miliknya. Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, orang ramai menganggap luahan tersebut ditujukan kepada Erra.

View this post on Instagram

Pencerahan dari pihak saya..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!