SAFURA tersingkir minggu kedua GEGAR VAGANZA 5

Perjalanan penyanyi Safura terhenti di mingu kedua apabila tersinggir daripada persaingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada malam Ahad.

Safura yang menyanyikan lagu Diari Biru nyanyian asal Maya mendapat markah terendah daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri undangan, Datuk AC Mizal.

Safura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada saingan musim kelima ini. 

Manakala, Noryn Aziz yang menyanyikan lagu Trauma nyanyian asal Elite mengungguli minggu kedua apabila mendapat markah tertinggi.

GV5 bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Ria HD (Saluran 123) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!