SABYAN GAMBUS bakal adakan konsert pertama Di Malaysia

Kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari negara jiran (Indonesia) akan tampil dengan konsert sulung mereka di Malaysia pada 12 Januari 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015, terdiri dari enam orang ahli. Mereka adalah Khoirunnisa alias Nissa,19 (vokalis), Ahmad Fairuz alis Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh alias Tebe (biola), dan Anisa Rahman (backing vokal).

Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube. Setakat ini sebanyak 161 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun dinegara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman youtube.

Justeru itu, syarikat MHH Laguna Sdn. Bhd mengambil langkah berani dengan menganjurkan “Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019”. Acara ini akan mengambil masa selama hampir 3 jam, dimana pihak penganjur turut menjemput artis nasyid tempatan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebagai artis pembukaan.

Sabyan Gambus

Disamping itu, penganjur turut mengadakan acara Karnival Geng Sabyan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 11 hingga 13 Januari 2019. Acara karnival akan berlangsung disekitar perkarangan stadium ini dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Pelbagai acara sampingan dan jualan menarik dilokasi ini nanti.

“Ini merupakan konsert pertama berskala besar yang kami anjurkan, sebelum ini kami hanya uruskan acara pentas berskala sederhana. Jadi kami mengambil serius dalam projek kali ini. Soal pelaburan memang kami mengeluarkan sejumlah modal yang besar dan insyaAllah kami akan bekerja kuat bagi memastikan Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan. Tambahnya lagi bagi memastikan penonton selesa dan berpuashati, mereka memilih stadium Malawati yang memang terkenal sebagai lokasi pelbagai acara bertaraf antarabangsa. Saya amat berharap konsert ini nanti mampu memberikan kepuasan kepada semua penonton,” ujar Muhamad Hariz Bin Harun, CEO MHH Laguna Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket awal (early bird) sehingga 30 November 2018, diskaun sebanyak RM100 bagi setiap kategori dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah Iphone XS.

Tiket-tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com

 

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!