RINDU LEBARAN, KOLEKSI RAYA 2019 EZUWAN ISMAIL DAN LAGU RAYA TRIO E1

Sempena Syawal tahun ini, kumpulan trio E1 hadir dengan lagu raya berjudul Rindu Lebaran.

Lagu ciptaan komposer S.Atan itu dipersembahkan secara eksklusif buat kali pertama semasa pertunjukan fesyen koleksi raya 2019, Rindu Lebaran by Ezuwan Ismail di Publika, Damansara petang Ahad.

Menurut Ezuwan Ismail yang merupakan salah seorang anggota kumpulan E1 Band, lagu Rindu Lebaran dilancarkan serentak dengan koleksi busana raya rekaan beliau untuk tahun ini yang menggunakan judul yang sama.

“Sejak awal lagi kami memang impi lagu raya ciptaan S.Atan kerana lagu raya ciptaan beliau untuk Sudirman, Black Dog Bone dan Datuk Jamal Abdillah sehingga sekarang masih menjadi lagu raya pilihan ramai.

“Tak sangka impian kami menjadi kenyataan. Kami ambil masa rakamkan lagu raya itu dalam tempoh kurang dua jam. Masa mula-mula berkerja dengan S.Atan memang rasa takut kerana dia amat tegas semasa bekerja.

“Tapi ketegasan itu adalah demi kebaikan. Kami banyak belajar daripada teguran beliau semasa rakaman dan anggap itu sebagai nasihat untuk memperbaiki kelemahan diri.

“Peluang merakamkan lagu bersama komposer sehebat S. Atan adalah satu penghormatan yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

“Semestinya kami berharap lagu ini bukan sahaja diterima ramai malah menjadi malar segar seperti lagu-lagu raya lain,” cerita Ezuwan mewakili teman-temannya Zulyasrani dan Ariff Imran dalam trio E1.

Koleksi Lebaran 2019

Bercerita tentang koleksi lebaran 2019 rekaannya, Ezuwan memberitahu bahawa koleksi lebaran Rindu Lebaran diinspirasikan daripada lagu raya E1 Band yang menggunakan judul yang sama.

“Koleksi Rindu Lebaran terdiri daripada 28 rekaan dimana 24 daripadanya adalah rekaan untuk wanita dan empat rekaan untuk lelaki.

“Untuk koleksi tahun ini, saya menampilkan rekaan kurung tradisional, kurung pesak gantung, kebaya dan kurung Kedah yang diperbaharui rekaannya selari dengan citarasa zaman sekarang.

“Antara elemen yang baru yang disuntik dalam koleksi Rindu Lebaran adalah dengan penggunaan fabrik daripada broked lace, linen dan france lace ditambah dengan perincian minimalis sesuai untuk keselesaan beraya didesa dan kota.

“Terdapat pelbagai pilihan busana dalamm warna pastel seperti merah jambu, biru firus, kuning gading dan juga warna pekat seperti merah senduduk, hijau zamrud dan hitam kumbang dalam koleksi raya tahun ini.

“Koleksi untuk lelaki pula terdiri daripada rekaan baju Melayu Johor dengan penggunaan fabric bercorak kekotak dan garis vertikal daripada fabrik linen dan kapas dengan padanan warna-warna pastel yang pasti mengundang kembali rindu lebaran di Aidilfitri,” kata Ezuwan tentang koleksi lebaran 2019, Rindu Lebaran beliau.

Bagi yang berminat, koleksi Rindu Lebaran boleh ditempah di butik Ezuwan Ismail Kuala Lumpur bermula 15 April 2019 dengan hyarga bermula daripada RM799.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!