Resipi taraf dunia, RISIK-RISIK RESIPI RAMADAN

MENARIK. Mesti tonton. Rancangan masakan terbaharu di TV Okey  sepanjang Ramadan ini bukan setakat memuatkan resipi  resipi menarik masakan  cef cef hotel tetapi juga restoran restoran  restoran popular.  Menu-menunya dari dalam dan luar negara.

Itulah tentang Risik-Risik Resipi Ramadan terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd.

Program setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 9.30 pagi di TV Okey (109) ini arahan Datuk TS Jeffrey dihoskan PU Ustaz Rahmat.

“Lokasi penggambaran  dilakukan di  Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Thailand.

“Cef-cef yang diundang  di lokasi menyajikan  hidangan  hidangan dari dalam dan luar negara.

“Antara hotel  dan cef yang terpilih ialah di Hotel Impiana KL, Eastin PJ, Ramada Melaka, De Vianna Kelantan.

“Selain itu kami juga tak lupakan cefcef hebat di  restoran restoran  Red Card PJ, Sweet Three Ampang, Al Rasha, Menara Muse Pakistani, Intekma Resort dan lain lain,”cerita TS Jeffrey.

Malah team produksi turut meredah  ke Restoran  Wawa Ikan Bakar di Golok, Kelantan.

Jadi kepada kaum isteri, ibu dan kaki masak, jangan lupa menonton program ini. Bolehlah cuba lauk pauk  antarabangsa jadi hidangan berbuka puasa dengan keluarga di rumah.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!