Resepi Step by Step DAGING SERAI yang sedap melampau…wajib anda cuba!

Tercari-cari kelainan dalam masakan daging, apa kata cuba resepi Daging Serai yang pasti memikat selera.

BAHAN-BAHAN:
1 kilogram daging – dipotong dadu
50 batang serai – dihiris halus
3 sudu besar kicap
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula
2 keping asam keping
4 sudu besar cili giling
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:

1. Perap daging dengan kicap, madu dan gula.

2. Goreng serai yang telah dihiris halus sehingga keperangan. Asingkan.

 

3. Masak daging yang telah diperap tadi sehingga daging lembut dan separuh kering. Asingkan.

 

4.Tumis cili giling bersama bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan garam secukup rasa.

 

5.Kemudian masukkan daging yang telah diasingkan tadi dan gaul sehingga sebati.

 

6.Akhir sekali, masukkan asam keping dan hirisan serai yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!