Resepi Step  Step CONGO BAR COKLAT BADAM sedap, mudah dan confirm jadi!

BAHAN-BAHAN:
300 gram gula perang
250 gram mentega
3 biji telur
300 gram tepung
2 ½ sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml cip coklat
250 ml badam
CARA MENYEDIAKAN:

1.Pukul gula perang dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu sambil dipukul. Masukkan telur dan terus pukul sehingga sebati dan adunan menjadi ringan dan lembut.

 

2.Masukkan esen vanilla dan kemudian masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik perlahan-lahan.

 

3.Kemudian masukkan coklat cip dan kacang badam. Kacau sehingga sebati.

 

4.Tuangkan adunan ke dalam acunan 10” x 10” yang telah dialas baking paper yang disapu dengan mentega dan taburkan cip coklat dan kacang badam diatas. Bakar pada suhu 180°C selama 25 hingga 30 minit.

 

 

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!