Resepi MANGGO YOGURT ICE CREAM & MANGO PANNA COTTA…sedap dan wajib cuba!

Resepi: Mohd Syaiful Azlan Ramdzan

Mango Yogurt Ice Cream

Bahan-bahan
5 sudu gula pasir
1 tin besar susu cair
1 sudu besar Ovallete
1 biji telur
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
ADUN semua bahan kacau selama 10 minit atau sehingga nampak pekat
Senduk (dengan senduk plastik) ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam freezer selama 30 minit.
Lepas itu bolehlah hidangkan.
#jika  ingin berperisa bubuh lah perasa atau perisa kegemaran
(Sesuai di makan sebelum atau sesudah menjamah hidangan pedas)

Resepi: Mohd Syaiful Azlan Ramdzan

Mango Panna Cotta

Bahan-bahan A
Isi daripada 2 biji mangga(dikisarkan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar
2 sudu besar air panas

Bahan-bahan B
1 cawan susu segar
2 sudu kecil serbuk agar2
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

BAHAN A
Satukan air panas dengan serbuk agar-agar..kacau sehingga larut. Kemudian masukkan isi mangga yang dikisarkan.
Setelah sebati,masukan ke dalam bekas yang  hendak digunakan. Sesudah itu, masukkan  ke dalam peti sejuk sehingga dua atau tiga jam.

Bahan B
Tuang  susu segar  dan serbuk agar-agar  ke dalam periuk masaklah dengan  api sederhana. Setelah larut,masukan susu cair,gula ising dan juga  esen vanila..kacau sebati. Setelah siap, rehatkan selama 10 minit. Bila bahan  A sudah keras,satukan dengan bahan-bahan B ke dalam bekas atau gelas. Masukkan dalam peri air, biarkan selama 2-3 jam sebelum dihidangkan.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!