Resepi IKAN BERSOS RAJA SEHARI…sedap melampau

RESEPI : Khairul Nizam Zainudin 

BAHAN-BAHAN SOS
Tomato 1 biji(dicincang halus)
Bawang merah 6 ulas (dihiris halus)
Bawang putih 10-15 ulas(dihiris halus)
Daun limau dalam  4 helai(dihiris halus)
Serai 2 batang(dihiris halus)
Cili kering 20 tangkai(diblend)
Cili bengala merah 1/2 biji(dipotong dadu)
Cili bengala kuning 1/2 biji(dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Limau nipis dalam 2 biji(perah jusnya)
Setengah  cawan air

CARA MENYEDIAKANNYA:
Tumis bawang merah,putih,tomato dan serai sehingga garing atau naik bau,kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak.
Sesudah  itu masukan air perahan limau Kemudian  masukkan  cili bengala dan daun limau kacau seketika , masukkan garam sebelum tutup api. Tuangkan ke atas ikan yang digoreng garing. Hiaslah dengan cili hidup, daun kubis dan lain-lain yang sesuai.

#cadangan
Ikan kembung
Kerapu
Bawal

Resepi : Khairul Nizam Zainudin
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!