REMY ISHAK dalam telefilem PESAN DARI TUHAN di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Pesan dari Tuhan karya arahan Erma Fatimah yang menampilkan ramai pelakon hebat seperti Ellie Suriati, Azhan Rani, Remy Ishak dan Izreen Azminda pada 8 Februari ini, pukul 9.30 malam di TV2.

Menerusi drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd ini, ia mengangkat penceritaan melibatkan persengketaan antara dua saudara kerana perebutan jawatan yang berakhir setelah kampung mereka ditimpa bencana.

Ikuti babak-babak ditonjolkan berlaku melibatkan watak utama setelah kematian bapanya, Sulaiman berhasrat merebut jawatan Ketua Kampung yang telah ditinggalkan bapanya dan mahu mengenepikan abang iparnya, Jamil walaupun Jamil telah diberikan amanat oleh bapa Sulaiman sebelum ini.

Sulaiman turut dipengaruhi oleh isterinya Manisah yang bercita-cita tinggi. Pengundian telah dijalankan dan Jamil memenanginya tetapi Sulaiman tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Penyokong-penyokong Sulaiman dan Jamil bergaduh sehinggakan Ira, anak Jamil diserang sawan dan dikejarkan ke hospital. Wakil Rakyat telah memilih Sulaiman sebagai Ketua Kampung yang baru mengenepikan pengundian yang telah dilakukan.

Setelah Sulaiman dilantik menjadi Ketua Kampung, Manisah mendesak Sulaiman menuntut rumah peninggalan bapanya yang didiami Jamil dan keluarga sehingga tergamak menuduh Jamil sengaja melengah-lengahkan waktu walaupun Jamil berada di hospital menjaga Ira.

Manisah juga melarang anaknya Nilam daripada berkawan dengan Ira dan abangnya Marzuki.

Banjir besar telah melanda kampung mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi. Banjir juga telah meragut nyawa Ira dan meranapkan rumah Sulaiman. Adakah Sulaiman kembali insaf dan berbaik semula dengan Jamil?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!