Remy Ishak dah bersedia

Foto: Mohd Farizwan Hasbullah

Setiap kali tiba lebaran, pasti soalan tentang teman hidup tidak terlepas diajukan kepada mereka yang masih solo.

Bagi pelakon Remy Ishak, dia sudah bersedia dengan situasi tersebut dan tidak risau dengan pelbagai soalan yang bakal di terima.

“Nak elak atau halang, mereka tetap akan bertanyakan soalan tersebut. Jadi saya perlu lah bersedia untuk menjawab soalan yang sama setiap tahun.

“Mak pun selalu bercakap soal kahwin. Iyalah makin lama makin meningkat usia saya ni. Pasti dia risau kan.

“Saya tidak lah terlalu cerewet memilih pasangan cuma masih belum jumpa yang sesuai. Perkahwinan adalah perkara yang serius dan bukan hanya untuk suatu tempoh masa tetapi kalau boleh saya mahu ia kekal sehingga akhir hayat.

“Soal hati dan perasaan juga memainkan peranan dan amat penting. Susah nak jumpa yang betul-betul faham sisi hidup saya sebagai pelakon.

“Apa pun jodoh dan ajal ditangan Tuhan. Sudah tentu satu hari nanti akan tiba juga jodoh saya,” luah Remy.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya Remy menyambut Hari Raya Aidilfirti di Melaka bersama keluarganya.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!