RAY ASRI tak mahu popular kerana kontroversi

Penyanyi Ray Asri atau nama sebenar Ahmad Asri Badrun, 23 tahun yang sedang popular dengan lagu Adiwira Sepi ini bersyukur dia tidak diserang kontroversi sejak bergelar artis. Dia berharap akan kekal begitu sepanjang kariernya sebagai penyanyi.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk mengelak daripada sebarang kontroversi. Bagi saya, kontroversi ada baik dan buruknya.

“Walaubagaimana pun, saya tidak akan menggunakan kontroversi sekadar untuk meraih populariti kerana bagi saya, artis yang popular dengan kontroversi berbanding pencapaiannya dalam bidang seni tidak kekal lama.

“Insya Allah saya takkan cepat melatah jika ada gosip yang datang dan dilanda kontroversi. Saya akan cuba mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental bagi menangani gosip yang mungkin bakal hadir serta memantapkan diri supaya dikenali dengan bakat yang sedia ada.

Bercerita tentang kerjaya, Ray kini sedang sibuk mempromosikan single kedua berjudul Adiwira Sepi. Lagu dan lirik ciptaan Dr.Irma itu mendapat sambutan yang baik sejak dilancarkan bulan lalu.

“Alhamdulillah lagu ini mendapat sambutan yang baik daripada pendengar. Saya rasa gembira lagu ini mendapat sambutan kerana single saya sebelum ini iaitu Antidot Lara agak perlahan diterima pendengar.

“Adiwira Sepi mengisahkan tentang perjuangan seorang lelaki yang ingin memiliki hati wanita yang diingini tidak kisah apa kekurangan yang dia ada.

“Lagu ini sangat memiliki maksud yang sangat mendalam bergantung kepada penerimaan pendengar itu sendiri,” cerita Ray yang juga merupakan pelajar jurusan penyiaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!