‘Ratu’ karya terbaharu Faizal Tahir

Dua tahun tidak muncul dengan lagu berentak balada, komposer dan penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir kini muncul dengan single baharu berjudul ‘Ratu’.

Lagu ciptaan oleh Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Mage ini mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Liriknya pula berkisar tentang luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.

‘Ratu’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini 21 Jun 2019.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!