Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria Membasmi 99.99% Bakteria Berbahaya Dengan Formula Baharu

Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria Membasmi 99.99% Bakteria Berbahaya Dengan Formula Baharu Formulasi rangkaian anti-bakteria baharu memberikan pengalaman mandian yang lebih baik; pH5.5, Bebas daripada Paraben dan Triclosan

Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna.

Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. Ia mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik.

Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. 3 varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran.

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata, “Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut.

“Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan.

“Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik. Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan.

“Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan.”

Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!