RAI ARTIS VETERAN DAN ANAK YATIM

RAMADAN Al Mubarak bulan yang bukan sahaja disaran meningkatkan ibadah selain berpuasa tetapi meluaskan perbuatan amal jariah sesama manusia.

Antaranya menjamu sesama Islam berbuka puasa dan  bersedekah jariah  dengan ikhlas kerana Allah.

Bagi yang berkemampuan dan berlebih rezeki,  jangan lupa ‘ada hak orang lain’ dalam pendapatan yang Allah berikan. Jadi sebab itu disuruh bersedekah jariah dan berzakat.

“Alhamdulillah, segala dijadualkan pada saat akhir, berjalan lancar malam 22 Mei baru baru ini di Dewan Pusat Kreativiti Kanak Kanak Tuanku Bainun Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

Datuk Radzi Mansor menyampaikan sumbangan kepada artis dan anak anak yatim.

“Maklum tahun ini agak  sibuk jadual saya membawa jemaah ke tanah suci.

“Sebenarnya dah beberapa tahun saya buat majlis seumpama ini meraikan anak anak yatim berlainan tempat.

“Dua hari selepas balik dari Mekah, saya meminta Syed Wafa mencarikan tiga artis veteran untuk hadir ke majlis kami.

“Selain meraikan Anak Anak Yatim dan Asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini dari Rawang Selangor  tahun ini saya nak ajak artis artis sama.

“Tahun ini kali pertama saya membuat sumbangan kepada  artis artis veteran dan jika berpeluang lagi inshaa Allah, nak  diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Saya berbesar hati  apabila pelakon  Hajah  Mak Jah, Hajah Norlia Ghani dan  Mimi Loma sudi hadir dan menerima sumbangan ikhlas wang untuk sambutan raya.

“Saya kenal Mak Jah waktu syarikat kami mengendalikan pemergiannya ke tanah suci dengan artis lain (dibiayai oleh sebuah produksi drama tempatan) menjayakan penggambaran drama berkaitan cerita Mekah dan mereka juga  buat umrah, beberapa tahun lalu.

“Hajah Norlia juga saya kenal dekat apabila  syarikat kami menguruskan jemaah Puan Sri Rina Rahman (bekas penyanyi) buat haji tahun lalu. Hajah Norlia  salah seoang artis yang mengikuti rombongan tajaan Puan Sri.

“Nanti inshaa Allah lepas ni saya nak ajak seniwati  Mimi Loma (adik Allahyarham Puan Sri Saloma) ke Mekah, “cerita pelakon sambilan,  mutawiff dan CEO A & M Berkat Travel Sn Bhd,Datuk  Radzi Mansor.

Mimi Loma (berkaca mata hitam), penyanyi popular 69an adik Allahyarham Puan Sri Saloma.

Artis yang diraikan terharu atas ingatan dan sumbangan , mengucapkan terima kasih  kepada  yang ikhlas memberi.

Malam itu, selain artis diraikan dengan sumbangan duit raya, Radzi Mansor  juga menyampaikan duit dan baju raya kepada anak anak  diraikan seramai 30 orang termasuk guru.

Datuk Nassier Wahab dan Ella pua tetamu VIP malan itu. Ella dengan    suami , Kapten Azhar Ghazali adalah antara jemaah umrah Ramadan tahun ini yang baru pulang dari  tanah suci menggunakan khidmat syarikat  Radzi Mansor ini.

Semoga semua yang berbuat baik dengan sedekah jariah mendapat rahmat Allah.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!