“Putus cinta bukanlah tanda  sudah kiamat” –  SARAH SUHAIRI

SETELAH lama menyulam cinta bersama insan tersayang, akhirnya putus di tengah jalan kerana ditinggalkan kekasih. Perit dan pedih bukan?

Penyanyi remaja cantik Sarah Suhairi,18, membawa kisah ini dalam lagunya berjudul PEDIH ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran. Katanya lagu ini sesuai bagi remaja di luar sana yang sedang mengenali erti cinta.

Cerita Sarah Suhairi yang bernaung di bawah MVM Production, “Lagu Pedih ini mengisahkan tentang perasaan seorang wanita yang sudah putus harapan dengan kekasihnya yang berubah sikap dan memungkiri janji.

“Di awal percintaan, semuanya indah. Lama-kelamaan hati lelaki itu berubah dan mula mencari cinta lain, sedangkan wanita itu setia.

“Pedih rasanya hati apabila kesetiaan dan pengorbanan tidak dihargai. Sia-sia saja waktu bercinta selama ini. Namun, apa boleh buat, kita bukannya boleh paksa seseorang untuk terus mencintai kita kan?

“Bila dengar lagu ini, anda akan merasai betapa pedihnya apabila ditinggalkan kekasih. Apa-apa pun, kehidupan perlu diteruskan. Putus cinta bukanlah tanda sudah kiamat, sebaliknya ia adalah satu permulaan untuk anda bertemu dengan yang lebih baik.

“Saya sendiri berasa sebak ketika merakamkan lagu ini kerana saya tahu ramai remaja yang melalui pengalaman ini kan? Saya harap lagu Pedih ini menjadi dorongan kepada sesiapa yang pernah ditinggalkan untuk mencari seseorang yang lebih baik,” luah Sarah Suhairi yang belum ada kekasih. Ye ke tu masih solo?

Sambunga Sarah, “Saya belum ada kekasih kerana belum bersedia untuk bercinta. Lagi pun saya baru habis sekolah dan merancang mahu sambung belajar dan fokus kerjaya nyanyian.

“Bila tiba masanya nanti, saya mahukan kekasih yang sporting, penyabar, menerima Sarah seadanya, supportive dan kelakar.”

Begitulah cerita Sarah Suhairi yang meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

Lagu PEDIH boleh didapati di platform-platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.

Nak tahu lebih lanjut kisah Sarah Suhairi, boleh layari laman sosial instagram @sarahsuhairi.

FOTO: MVM PRODUCTION

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!