PUMA DEFY Dipakai oleh SELENA GOMEZ – Dimensi Baru Dalam Industri Fesyen dan Sukan Wanita

Jenama sukan antarabangsa, PUMA kembali lagi untuk melangkaui jangkaan menerusi pelancaran kasut wanita terbarunya, PUMA DEFY.

Tampil sebagai inspirasi utama kepada wanita yang berani, PUMA telah memilih penyanyi Selena Gomez untuk menjadi duta untuk produk ini.

Selena mempunyai ciri-ciri ‘PUMA WOMAN’. Beliau berani untuk mengukir jalan yang tersendiri dan sentiasa mencari cara baru untuk mengekspresikan diri tanpa rasa takut atau kesal.

DEFY merupakan kasut latihan wanita yang direka berteraskan kebangkitan chunky shoe-trend.

Tapak kasut ‘PROFOAM’ yang direka berdasarkan konsep energy return membantu penuh  pergerakan sisi ke sisi dan ia juga menyediakan kusyen yang ringan untuk memberikan kebebasan untuk pergerakan pantas kepada pengguna.

Tidak boleh dinafikan bahawa rekaan terbaru PUMA ini amat sesuai dan dikhaskan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan dan juga tampil bergaya pada masa yang sama.

“Untuk DEFY adalah untuk memberanikan diri. DEFY menyeru wanita untuk menguji had dan tidak tunduk kepada norma yang ditetapkan oleh masyarakat terhadap seseorang. PUMA telah mengenengahkan idea ini dengan sempurna menerusi produk ini,

“Saya juga boleh mengaitkan diri kepada mesej yang hendak disampaikan iaitu kepentingan mendengar suara hati dan hidup dengan cara yang tersendiri tanpa mempedulikan aspek-aspek negatif,” kata Selena.

DEFY berharap untuk mencetuskan keyakinan antara kaum wanita untuk menjadi sebuah kuasa yang disegani dengan cara tersendiri.

Antara keunikan PUMA DEFY adalah:
Keselesaan: PROFOAM menyediakan kusyen yang teramat selesa untuk aktiviti latihan atau sukan.
Kesokongan: Memberikan sokongan sempurna menerusi bentuk sneaker yang mempunyai stail yang tersendiri
Fit: Mempunyai konsep knitted upper yang mengutamakan keringanan ketika dipakai.

PUMA DEFY boleh didapati di kedai PUMA terdekat dalam dua warna, hitam dan putih, untuk harga RM 519.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!