PUJAAN HATI KANDA pikat hati 12 juta penonton

Drama Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih ​rating ​terkumpul sebanyak ​12 Juta ​dengan episod akhirnya ditonton ​5 Juta penonton pada 28 Januari lalu.

Selain ditonton ditelevisyen, drama ini turut memperoleh lebih ​30 juta tontonan di saluran Youtube @TV3Malaysia (sumber Nielsen Audience Measurement).

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonisnya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini. 

“Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai.

“Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!”

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!