PU Rizz buka restoran

DIAM tak diam sudah hampir setahun. Food Station di Jalan Tun Sambathan (berdepan gedung NU Sentral) Kuala Lumpur diusahakan pelakon PU Rizz (Muhammad Hariz Ismail), 24, dengan sokongan keluarganya.

Hari ini sekitar pukul 2.30 tadi, beliau mengundang ramai rakan media untuk menikmati aneka menu dan minuman di restoran tujuh hari seminggu (hanya tutup awal sekitar pukul 8.00 malam pada Ahad).

” Terdapat 500 menu selera Asia dan Barat di sini dari capati, aneka Nasi Goreng ,Tom Yam, Teppanyaki sampailah ke pelbagai jenis stik.

“Ilham nak buat restoran ni dah lima tahhn lebih. Akhirnya setelah buat survey sebelum Aidilfitri tahun lalu lokasi di Jalan Tun Sambathan ini dilihat strategik kerana tumpuan ramai.

“Harga yang ditetapkan berpatutan antara serendah RM2.50 sen untuk makanan (Roti Nan) dan minuman RM2.00 (jus Mangga). Paling mahal stik kambing sekitar RM30.00,” kata PU Rizz yang masih aktif berlakon.

Pelanggan tetap dan wakil media tempatan yang hadir ke Food Station hari ini

PU Rizz selalu memantau Food Station yang mempunyai 15 orang pekerja ini. Keluasan restoran ini boleh memuatkan tempat duduk untuk lebih 70 orang dan terbahagi dengan dewan berhawa dingin dan terbuka.

“Untuk khidmat penghantaran belum dilaksanakan sepenuhnya. Kepada rakan artis dan orang ramai singgah singgahlah ke sini jika kelapangan,” pesan PU Rizz.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!