PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN PENGGIAT SENI, USAHA KERAJAAN SOKONG ARTIS CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Semakin ramai penggiat seni tanah air yang mula melibatkan diri dalam bidang keusahawanan masa kini. Pelbagai jenis perniagaan yang mereka jalankan untuk sebagai cara menjana lebih pendapatan sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi dalam negara.

Sebagai tanda galakan dan sokongan usaha mereka, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Media House Entertainment Sdn Bhd menganjurkan program Keusahawanan Penggiat Seni yang menghimpun seramai mungkin pemain industri tempatan di Dewan Besar Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Program ini bukan bertujuan memberi peluang kepada semua usahawan penggiat seni ini bertemu secara empat mata bersama Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yussof supaya mereka dapat berkongsi tentang segala perjalanan dalam menguruskan perniagaan termasuk masalah berbangkit.

Antara barisan penggiat seni yang hadir adalah Datuk DJ Dave, Datuk Dr. Fazley Yaakob, Datuk David Teo, Datuk Nassier Wahab, Nubhan Ahamad, Ben Ladin, Razali Hussain, Herman Tino, Tasha Shila, Ben Ali, Rozita Rohaizat, Sarah Fazny, Nico, Hanis Kamal, Putra Amaris, Azura Aziz, Mamat Exist, Ewal, Bkay Nair, Elveena Iris, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Keprihatinan YB Menteri membuktikan pihak kementerian setiasa memberi sokongan dan sedia membantu mana-mana penggiat seni yang mahu terlibat dalam perniagaan. Secara tidak langsung ia turut memberi galakan kepada lebih orang awam untuk mencuba nasib dalam bidang sama.

Sempena penganjuran program, kementerian turut membawa agensi-agensi berkaitan untuk memberi pendedahan tentang selok-belok serta strategi terbaik dalam merancang perniagaan. Semua usahawan berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas berkaitan peranan setiap agensi.

Bagi memeriahkan lagi acara sehari ini, program Ronggeng MHE telah Acara ini berlangsung bermula seawal jam 9.00 pagi dengan program Ronggeng MHE yang merupakan acara zumba terbuka yang menerima lebih dari 1000 penyertaan orang ramai.

Artis popular tanah air iaitu Fauziah Latiff, Watie Sadali, Safura dan E1 Band turut terlibat memeriahkan program Ronggeng MHE.

Selain itu, segmen Sembang Santai Usahawan bersama penyanyi dan usahawan berjaya, Nubhan Ahamad berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Dalam segmen tersebut, Nubhan telah berkongsi pengalaman jatuh bangun untuk bergelar usahawan berjaya.

 

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!