Potongan Harga RM400, HUAWEI MATE 10 Pro Kini Mampu Milik

Huawei Malaysia telah mengemaskini harga jualan telefon pintar Huawei Mate 10 Pro untuk pasaran tempatan yang kini boleh didapati pada harga RM2,699 dengan potongan harga RM400 berbanding harga jualan asal, iaitu RM3099.

Huawei Mate 10 Pro merupakan peranti dengan skrin bersaiz 6.0 inci AMOLED yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 670, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan kapasiti bateri 4000mAh.

Telefon pintar ini hadir dengan dwi kamera dibelakang, 20 megapixel dan 12 megapixel manakala pada bahagian depan ia menggunakan kamera 8 megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh dapatkan Huawei Mate 10 Pro pada harga RM2,699  di pengedar dan penjual rasmi Huawei seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Mate 10 Pro dan produk lain, sila layari http://consumer.huawei.com atau ikuti halaman Facebook rasmi Huawei di www.facebook.com/HuaweiMobileMY.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!