Pilihan XPOSE

BAND XPoseyang menetap di Melaka mengaku suka `meredah’ pasar atau  bazaar Ramadan mencari menu kesukaan untuk berbuka puasa.

Sebelum popular sebagai artis, ramai tak kenal kelibat masing-masing, sekarang ini kalau ke mana-mana , sudah ada peminat mahu bergambar, bula tersedar kelibat mereka.

Namun bukan masalah kerana Furhan (vokalis), Eppy( basss), Taqim (deram), Zaim (Keyboard) dan Riza (gitar) menghargai sokongan peminat.

Tapi janganlah ada peminat nak bergambar sampaikan mereka tak sempat nak membeli belah dan kuih yang mereka cari habis dibeli orang pula ya?

Ada di antara mereka berbuka puasa dengan kaum keluarga dan ada masih belum kahwin duduk bujang dengan kawan-kawan.

Jom `layan’ (tonton)  video wawancara dengan band ini sewaktu mereka  datang ke  Kuala Lumpur.

Xposebaru sahaja melancarkan singleterbaharu pertengahan April bekerjasama dengan Waris melalui single berjudul Deru. Dan khabarnya selepas sambutan lebaran tahun ini mereka akan berlepas ke Indonesia kerana projek lagu popular dengan  Nicky Astria.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!