Petua pindah dan hias rumah cara Dee

BUKAN sahaja berbakat sebagai penghibur di pentas dan depan kamera tetapi kaya kreatif dalam hiasan rumah!

Itulah tentang selebriti popular Dee atau nama sebenar, Syed Muradzi Syed Shamsul yang terkenal dengan watak sebagai Cik Timah di merata majlis termasuk VVIP sebagai pengacara.

Dee menetap di sebuah kondominium menghadap tasik di Ampang, Selangor yang dibelinya lebih 10 tahun lalu. Kalau duduk di balkoni rumahnya dapat melihat saujana pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit Kuala Lumpur terutama Menara Berkembar KLCC.

“Dulu datang ke Kuala Lumpur sekitar awal 80an , duduk menyewa di rumah dua tingkat, rumah itu sampai sekarang masih disewa untuk letak baju-baju show.

“Bagaimanapun, lebih 10 tahun lalu, saya beli kondominium ini waktu bila duit simpanan bekerja dah ada. Setakat ini  rumah sendiri, hanyalah kondominium ini. Insya Allah ada rezeki ada hati nak membeli rumah atas tanah pula.

“Sebelum berpindah masuk, berjumpa ustaz minta pendapat. Katanya, kalau nak berpindah masuk pilihlah hari baik bulan iaitu Awal Muharam.

“Lagi bagus kalau kedua-dua orang tua duduk dalam rumah kita tu sebelum kita masuk, selain buat kenduri kesyukuran,” cerita Dee kepada URTV.

“Tentang dekorasi, tak banyak buat renovasi tapi memadai yang padan perlu waktu mula berpindah dulu. Barang hiasan pun selain moden dan yang dibeli dalam dan luar negara, ada koleksi antik, saya ni peminat antik juga, tapi hiasannya biar tersusun dan berpadan dengan gabungan moden yang ada” katanya tentang suasana ruang tamunya.

Jom layan video Dee bercerita tentang petua pindah rumah dan  ilham dekorasi pilihannya!

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!