Pertandingan BATTLE ORANG MUDA@FIESTA MED 27 APRIL INI

Sempena penganjuran Fiesta MED: Usahwan Wira Ekonomi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) di MITC, Melaka pada 26 hingga 28 April 2019, satu pertandingan kugiran yang diberi nama Battle Orang Muda@Fiesta MED akan berlangsung pada 27 April ini.

Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan yang mempunyai tidak lebih daripada tujuh ahli dan hanya untuk 35 kumpulan terawal yang mendaftar sahaja.

Menariknya, pertandingan yang tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan ini menawarkan hadiah sebanyak RM2,000 (juara), RM1,500 (naib juara), RM1,000 (tempat ketiga) dan RM500 untuk tujuh finalis akhir.

Pertandingan akan bermula pada 27 April dimana setiap kumpulan perlu mempamerkan kreativiti dan kehebatan masing-masing dalam masa lima minit di atas pentas.

10 kumpulan akan dipilih untuk peringkat akhir pada 28 April 2019 dan diberi masa selama 10 minit untuk membuat persembahan pada hari tersebut.

Pilihan lagu adalah bebas tetapi mestilah tidak mengandungi unsure negatif terhadap agama, bangsa dan negara.

Pendaftaran telah pun dibuka dan bagi kumpulan yang berminat boleh membuat perdaftaran kepada pihak Media House Entertainment (MHE) dengan menghubungi talian 012-6696620.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!