Persiapan kahwin lancar… NELYDIA SENROSE teruja!

INDAHNYA hidup ini apabila mencintai dan dicintai kan? Sebab itulah wajah pelakon cantik Nelydia Senrose Nik Sen, 23, berseri-seri dan asyik tersenyum saja. Maklumlah… Nelydia sedang bahagia dengan kekasih tercinta.

Nelydia memberitahu URTV yang dia sedang melakukan persiapan perkahwinan walaupun sibuk shooting.

Nelydia mengaku sedang bahagia dengan kekasihnya, Hafiz yang juga seorang ahli perniagaan muda.

Cerita Nelydia, “Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya (jodoh).

“Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang.

“Saya tahu bukan mudah nak cari lelaki yang matang. Lebih berusia tidak semestinya matang. Pendek kata, kematangan itu tidak bergantung kepada berapa usia seseorang itu.

“Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar. Bila atau tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai.

“Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi. Saya pun tak mahu sorokkan perkara yang baik. Doakanlah yang terbaik buat saya ya!” URTV doakan persiapan perkahwinan Nelydia dan Hafiz berjalan lancar. Jangan lupa jemput URTV ke majlis kahwin nanti tau!

Siri drama Cinta Tiada Ganti menggandingkan Nelydia Senrose dan Aedy Ashraf

Pasal kerjaya, Nelydia Senrose  sedang  popular dengan siri drama Cinta Tiada Ganti (Astro Maya/ Astro Maya HD), 100 episod lakonannya bersama Aedy Ashraf dan Ben Amir.

Drama yang diadaptasi daripada siri drama popular Filipina, Sana’y Wala Nang Wakas (SWNW) lakonan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa ini diberi nafas baru.

Sambung Nelydia, “Walaupun jalan cerita Cinta Tiada Ganti dan SWNW adalah sama, namun ia diubah mengikut kesesuaian agama, budaya dan batas-batas dalam masyarakat kita.

“SMNW disiarkan pada tahun 2002, manakala Cinta Tiada Ganti tahun 2018. Ada yang relevan ketika itu, tidak lagi relevan pada masa sekarang. Jadi tidak adil untuk membandingkan kedua-dua drama ini.”

Selain berlakon, sempena hari raya baru-baru ini Nelydia muncul dengan jenama pakaiannya Impian Nelydia.

Nelydia anggun dengan pakaian jenamanya sendiri, Impian Nelydia

Sebelum ini di bawah jenama Impian, Nelydia sudah mengeluarkan koleksi baju tidur.

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!