Persembahan Bertenaga XPDC & Cromok

Bertenaga dan memukau! Itulah yang dapat digambarkan suasana Konsert Metal Legends XPDC dan Cromok pada malam tadi (3 Februari 2018)

Konsert yang julung kalinya menggabungkan dua kumpulan rock terkenal ini bertambah happening apabila menggunakan sistem audio yang dianggarkan berharga lebih RM400 ribu serta 14 buah lampu LED.

Lebih kurang tiga ribu penonton hadir dan kelihatan sebahagian besarnya turut sama menyanyikan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh dua kumpulan heavy metal ini.

Rata-rata peminat yang hadir puas dengan persembahan XPDC dan Cromok

Antara lagu yang dipersembahkan XPDC adalah Bahalol, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi, Nafisa, Raja Kertas, Senapang Patah, John Jenin, Hamba Abdi, Selendang Merdeka dan Kita Peng Yu

Manakala Cromok pula muncul dengan lagu-lagu popular mereka seperti Misty, The other, Memories, Seedling, Another You, Little One
I Don’t Belong Here, Forever In Time dan Stranger.

Istimewanya, segmen yang ditunggu-tunggu adalah gabungan persembahan gitar solo XPDC dan Cromok dengan lagu Bahalol yang cukup ‘menggegarkan’ suasana. Satu sejarah tercipta apabila kali pertama mereka ‘bersatu’ di atas satu pentas.

Aura Mael XPDC Masih kuat

Anggota XPDC yang terlibat pada  konsert malam  tadi iaitu Mael, Zua, Amy dan Jeff disifatkan sebagai line up terbaik oleh rata-rata peminat.

Cromok pula dibarisi oleh Karl, Sam, Miji dan dibantu oleh Shah.

Konsert yang  berlangsung selama hampir empat jam di Pintu 2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor ini dibawakan oleh DreamStage.

Persembahan gitar solo XPDC dan Cromok dengan lagu Bahalol

Selain itu, turut diadakan sesi cabutan bertuah di mana seorang peminat membawa pulang Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House.

Peminat yang hadir juga tidak melepaskan  peluang mendapatkan cenderahati seperti kemeja-t, CD, VCD, pick gitar dan juga poster sebagai kenang-kenangan.

Teruskan membaca cerita eksklusif XPDC dan CROMOK dalam Majalah URTV ya!

Foto: Amir Khalid

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!