Penyanyi rap Bunga kolaborasi bersama ‘otai’ scene hip hop tempatan

Penyanyi rap wanita yang popular dengan imej bertudung dan berbaju kurung, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 19, kini mewarnai industri nyanyian tanah air dengan kemunculan single debut yang menggunakan judul sama seperti namanya, ‘Bunga’.

Lagu ‘Bunga’ merupakan karya ciptaan Bunga sendiri bersama ‘otai’ scene hip hop tempatan iaitu Tripdisz dan Lady D.

Manakala lirik pula ditulis oleh Bunga sendiri bersama Lady D. Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkap telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang ‘catchy’ dan lirik yang santai.

Penyanyi rap asal Perak ini berharap agar lagu pengenalannya ini bukan saja mendapat reaksi positif peminat hip hop tetapi diterima baik oleh peminat muzik arus perdana.

Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanahair dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik Hip Hop yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan lelaki.

Single Bungaterbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 26 Julai 2019.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!