Pengurusan FINAS distruktur semula

Pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bakal melalui pengstruktur semula selepas mendapat arahan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir telah dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah FINAS menggantikan tempat Datuk Fauzi Ayob berkuat kuasa 8 Oktober lalu.

Menurut Datuk Fauzi Ayob pengstruktur semula pengurusan FINAS oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia oleh YB Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia sebagai langkah memastikan kelancaran tadbir urus, pengurusan FINAS adalah tanggung jawab Menteri berkenaan, kerana FINAS sebagai badan menyelia segala bentuk yang berkaitan perfileman Tanahair berada dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Selaku pegawai kanan FINAS saya amat mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh YB Menteri KKMM demi kelancaran dan ketelusan dalam apa bentuk sekalipun yang berkaitan dengan FINAS. Selama ini FINAS memang memainkan peranan penting dalam usaha meningkat mutu dan pengeluaran filem Tanahair.

“Penstrukturan FINAS dan perpindahan sementara saya sebagai Ketua Pengarah Finas, dan Datuk Azmir Saifudin Mutalib Timbalan Ketua Pengarah yang dikaitkan dengan skandal ketirisan dana berjumlah RM16 juta yang diberikan kepada beberapa buah syarikat perfileman pada tahun 2013 sehingga tahun 2016 untuk menerbit tujuh buah filem dan satu filem Animasi. Tetapi syarikat filem tersebut gagal siapkan projek berkenaan,” kata beliau.

Tambah Fauzi, ketirisan dana untuk projek berjumlah RM16 juta yang di lulus pada tahun 2013 sehingga 2016 adalah berada diluar bidang pengetahuan beliau kerana kesemua projek tersebut di luluskan oleh pegawai kanan  FINAS sebelum dia di lantik sebagai Ketua Pengarah.

“Oleh itu, ingin saya jelaskan disini, bahawa kesemua projek yang dikaitkan dengan kegagalan itu, saya tidak terlibat sama sekali , kerana kesemua projek tersebut di luluskan sebelum saya menerajui FINAS sebagai Ketua Pengarah FINAS pada tahun 2017.

“Bagaimanapun saya menerima dengan hati terbuka diatas segala keputusan yang dibuat oleh YB Menteri Gorbind Singh Deo selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia agar pengurusan dan perjalanan FINAS dapat bergerak lancar demi membangun industri filem Negara.

“Saya juga berharap segala masalah ketirisan dana dan skandal kewangan didalam FINAS dapat dirungkaikan segera, kerana ianya bukan saja melibatkan maruah dan kepercayaan rakyat kepada badan kerajaan yang diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran dan mutu perfileman. Tetapi saya sendiri perlu membersih imej dan reputasi saya sebagai pegawai kerajaan yang di pertanggung jawab memegang amanah demi Rakyat dan Negara,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!