PENANGAN AMELINA

SIAPA bilang Ratu Dangdut Amelina dah tak berbisa? Malah popularnya sudah sampai nun ke India dan Pakistan juga Indonesia!!!

Malam 12 Mac 2019, berlokasi atas bumbung bangunan Mydin Subang, Amelina bikin gegar Majlis Makan Malam Tahunan dan Meraikan Kakitangan (anjuran majikan dan pekerja) bertemakan Bollywood Nite dengan lagu lagu Memori Daun Pisang, Rindu dan dua lagi termasuk lagu hindustan.

Apabila Memori Daun Pisang dan Rindu bergema, kakitangan lelaki berbangsa India, Melayu, Bangladesh juga Pakistan ikut bangun menari.
Mereka meminati lagu lagu itu. Hinggakan Amelina dikeliling masing masing yang menerima cabarannya, supaya bangun menari.
Ada yang membuat ‘live’ dan rakaman dengan telefon dalam majlis di hadiri lebih 500 orang warga Mydin Subang (melibatkan pemilik, pengurus, pegawai dan kakitangan serta tetamu).
Secara tak langsung kalau rakaman atau live itu sampai ke luar negara melalui telefon…Amelina dan lagu lagunya ikut dikenali.
Rentak dangdut 90an itu termyata masih in dengan era 2019!
Dangdut Amelina masih mampu bikin suasana majlis lebih meriah

Terdahulu majlis dihiburkan dengan kumpulan Ika Dancers. Pengacara majlis ialan Viviana. Pelbagai hadiah cabutan bertuah diadakan. Amelina dan acara hiburan dibawa oleh De Media Event and Entertainment.

Jom layan video apa kata Datuk dan Datin pengusaha gedung Mydin tentang tujuan majlis malam dan mengapa di loading bay atas bangunan itu.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!