Pelawak, pelakon dan penyanyi bergabung dalam Muzikal Lawak Superstar

Bagi yang meminati program komedi, jangan lepaskan peluang menyaksikan program realiti muzikal komedi terbaharu, Muzikal Lawak Superstar bermula 28 Jun ini di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini, akan menyaksikan 14 kumpulan yang dianggotai oleh pelawak, penyanyi dan pelakon berentap merebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Asro Prima & InTrend, Norzeha Mohd. Salleh, Muzikal Lawak Superstar mengangkat konsep pertunjukan muzikal yang bergerak secara tandem dengan elemen komedi.

“Idea menghasilkan Muzikal Lawak Superstar timbul selepas melihat respon yang sangat positif oleh penonton setiap kali ‘Minggu Tema Muzikal’ diadakan pada program ‘Maharaja Lawak Mega’ sebelum ini.

“Oleh itu kami mengangkat format muzikal bagi membawa sesuatu yang berbeza dan tidak klise dengan program realiti lawak lain.

“Menerusi Muzikal Lawak Superstar, para peserta diberi cabaran untuk beraksi dan mempamerkan bakat dan kreativiti mereka di gelanggang komedi terbaru ini,” katanya pada sidang akhbar memperkenalkan program Muzikal Lawak Superstar di sebuah restoran di Kuala Lumpur petang Isnin.

Dari segi format pemarkahan, 50 peratus jumlah pemarkahan diberikan oleh barisan juri tetap iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altmet. Manakala 50 peratus lagi adalah daripada penonton menerusi undian sms.

Program Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pada setiap Jumaat pukul 9.00 malam bermula 28 Jun 2019 dan akan dihoskan oleh Nabila Huda bersama Nabil Ahmad.

Sementara itu, Izzue Islam dan Sissy Iman akan bergandingan sebagai hos bagi program Digi Extra Lawak yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) selama 30 minit (8.15 malam hingga 8.45 malam) sebelum pentas Muzikal Lawak Superstar bermula.

Digi Extra Lawak adalah rancangan khas sempena Muzikal Lawak Superstar yang akan menyaksikan Izzue dan Sissy bertanyakan kepada para peserta tentang strategi dan persiapan serta konsep persembahan mereka pada setiap minggu.

Program Muzikal Lawak Superstar menawarkan hadiah lumayan iaitu RM150,000 untuk juara, RM75,000 (naib juara), RM50,000 (tempat ketiga) dan RM25,000 (tempat keempat).

Senarai 14 kumpulan yang bertanding di Muzikal Lawak Superstar:

BOTAK

Achey, Abam & Black

VOICES

Chiwan Chilok, Shiha Zikir & Sharif Zero

NEWBOH

Ali Puteh, Tomok & Mamak Puteh

J-BORN

Khir Rahman, Vicha & Joey

TAMANZ

Tauke, Zulin Aziz & Man Raja Lawak

TITANS

Ammar, Ain Edruce & Issey

LIBRA

Bell Ngasri, Elly Mazlin & Rahim Sepahtu

KRONI

Kamal Chilok, Nonie AF & Achok Chilok

SEP

Pinky Miss Lawak, Shahrul AF & Eyya Gegar Lawak

HEART

Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim

KITAWA

 Ilham Gegar Lawak, Tapai Gegar Lawak & Nadzmi Adhwa

WASAP

Amir Raja Lawak, Syura & Wan Gegau

BUNGA

Caca, Leez AF & Azmir

UNI

Fad Bocey, Fakhrul UNIC & Atu Zero

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!