Pelakon WAFA meninggal dunia

Pelakon Wafa Abdul Kadir telah menghembuskan nafas terakhir dikediamannya awal pagi tadi lebih kurang pada pukul 1.00 pagi.

Beliau menghidap kanser ovari dan peritoneal tahap empat sejak tahun 2014. Pada tahun 2015 beliau menjalani pembedahan membuang seluruh organ wanita (ovari, tuib fallopio, rahim dan ormentum-lapisan yang menutupi perut).

Jenazah Allahyarhamah akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10.00 pagi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Allahyarhamah meninggalkan suaminya Tajul Faizal Tamimuddin 53 tahun serta beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu. 

Antara filem lakonan Allahyarham Wafa  ialah Azizah The Legend. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Persatuan Seniman Malaysia sekitar tahun 2011.

URTV juga dimaklumkan Setiausaha Agung  SENIMAN, Hafiz Nafiah , seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli persatuan itu turut bersedih dan  mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Takziah URTV ucapkan kepada seluruh keluarga Wafa. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!