Pelajar medik juara GADIS PANCA MYBEAUTY 2018 bolot RM10,000

Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 yang dibawakan oleh akhbar nombor satu negara, Mingguan Malaysia melalui sisipan popularnya, Pancaindera telah pun melabuhkan tirai apabila Sharifah Husna Syed Feizal, 25 dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan akhir di Dewan Utusan Melayu, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur hari ini.

Kemenangan itu melayakkan Husna membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, pakej percutian ke Balkan tajaan Kembara Sufi Travel & Tour Sdn.Bhd  dan kontrak lakonan dengan A.Aida Production Sdn.Bhd. 

Husna dinobat juara pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018

Selain itu, Husna turut memenangi kategori Gadis Panca MHE Popular dengan 192,222 undian di laman web www.mhetv.my.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Siti Sarah Mustafa, 20 dengan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, trofi, pakej percutian ke Vietnam dan kontrak lakonan dengan A.Aida Production Sdn.Bhd. 

Sarah ditempat kedua

Puteri Ateeqah Ayu Mohd Zaharee, 24 pula di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, pakej percutian ke Thailand dan kontrak lakonan dengan A.Aida Production Sdn.Bhd. 

Ateeqah memenangi tempat ketiga

Finalis lain memenangi hadiah saguhati dan membawa pulang RM1,000, percutian ke Macau dan hadiah iringan.

Manakala, kategori khas iaitu Best Designer Gadis Panca dimenangi oleh Izzah Zinn (rekaan baju Istana Putih) dan kategori MyBeauty Tourism dimenangi oleh Puteri A’teeqah Ayu.

Kesemua 10 finalis diadili oleh barisan juri yang diketuai Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (Ketua Pengarang MHE TV merangkap Pengarang Pancaindera), Datuk Wong Kong Choong (Pengarah MyBeauty), Datuk A.Aida (penerbit A.Aida Production), Datuk Fazley Yaakob (Chef Selebriti), Rita Rudaini (pelakon) dan Samantha Katija (Miss Universe Malaysia 2017).

Pada majlis yang dihoskan oleh Joey Daud itu, artis-artis popular turut menerima anugerah-anugerah khas. Wany Hasrita menerima Anugerah Khas Pancaindera Inspirasi, manakala penerima anugerah Muka Hadapan Sensasi Pancaindera ialah Suffian Suhaimi dan Kilafairy menerima Anugerah Artis Versatil Pancaindera.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Amelina, Syafiq Farhain dan Wany Hasrita.

Program pencarian bakat yang mendapat kerjasama oleh MyBeauty selaku penaja utama ini membabitkan gadis-gadis berusia 16 hingga 25 tahun untuk menyemarakkan industri seni dan hiburan tanah air melalui mencungkil bakat-bakat baharu.

Gadis Panca MyBeauty 2018 turut mendapat penajaan daripada A. Aida Production Sdn. Bhd. dan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!