Peguam sahkan tarikah cerai 25 April 2019

Foto: Nazrin Nazlan

PERCERAIAN secara baik antara produser Dato A. AIDA (Zaidah Awang), dengan pelakon Ariff Aziz, sah bercerai talak satu pada 25 April tahun ini.

Kedua-dua selebriti dunia hiburan ini berkahwin pada akhir Julai 2018 .

A. Aida ditemui URTV sebelum sidang akhbar yang diatur di Restoran Spices Hotel Concorde Kuala Lumpur sekitar pukul 3.00 petang 18 Jun 2019.

Majlis itu dihadiri peguamnya Zulkifli Che Yong.

Menurut Zulkifli, “Permohonan cerai bermula 4 April 2019 dan setelah urusan berterusan  di Mahkamah Syariah Gombak, atas persetujuan kedua dua pihak dalam urusan perceraian, 25 April tahun ini dengan talak satu.”

Tambah A. Aida, “Tujuan buat majlis petang ini merungkai persoalan wartawan dan orang ramai tentang status saya bila ada berteka teki soal diri saya.

“Kenapa cerai? Apa masalahnya…biar rahsia.”

Majlis diberi nama Dari Hati ke Hati itu kemudian berlangsung dengan lintas langsung oleh portal-portal tempatan.

Aida antara lain mengatakan perceraian kerana tiada jodoh, tak serik kahwin lagi dan lebih berhati-hati jika nak kahwin lagi, kalau ada jodoh lagi.

“Perkenalan singkat buat kami berkahwin, mungkin itu silap saya.

“Saya tak menyesal bercerai, ini iktibar yang baik..lain kali sebelum kahwin kenali hati budi pasangan.”

Terdahulu A.Aida pernah berkahwin dengan penyanyi Ameng Spring (mempunyai dua orang anak dara Wan Az Aleesa 23 dan Wan Azevanatassha 18 ).

Kemudian berkahwin dengan seorang anggota polis tetapi bercerai. Sesudah itu, kahwin lagi dengan  pegawai polis (ada seorang anak lelaki  11 tahun).

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!