PASANG PEGUAM, NINA ISKANDAR TERKILAN DIFITNAH

Pelakon Nina Iskandar terkilan difitnah menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan telah mengambil tindakan dengan melantik peguam bagi membersihkan nama beliau.

Pada sidang media khas yang dijalankan pada 23 Mac lalu, pelakon asal Brunei itu telah menegaskan tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan adalah fitnah.

“Saya dengan tegas menafikan tuduhan tersebut. Fitnah itu bukan saja mencemarkan nama saya malah turut memberi kesan kepada keluarga saya di Brunei.

“Bagi saya berita berkenaan bukan saja berupa fitnah, malah jelas berniat jahat bagi memburukkan nama saya sekali gus bertujuan untuk menjejaskan kerjaya saya sebagai artis.

“Saya ingin membersihkan nama baik saya daripada tuduhan yang jelas merupakan fitnah. Oleh itu saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Tujuan saya mengambil tindakan undang-undang ini adalah bagi membuktikan kebenaran selain membersihkan nama saya daripada fitnah tersebut.

“Saya ingin lebih fokus terhadap kerjaya lakonan dan tidak mahu fitnah seperti ini menganggu emosi dan tekanan kepada keluarga saya,” kata Nina yang ditemani peguam yang dilantik, Mohd Irwan Mubarak dan Mohd Khairil Abidin semasa sidang media yang berlangsung di The Royal Widad Residence @ UTMKL baru-baru ini.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Nina menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah. Isu itu ditimbulkan oleh bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan seorang individu yang bekerja sebagai jurusolek sebelum dilaporkan oleh portal tersebut.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!