PANTENE MALAYSIA memperkasakan wanita menerusi kempen #WANITABESI

Jenama penjagaan rambut terkemuka di dunia, Pantene terus memperkasakan wanita di seluruh dunia dengan pelancaran kempen #WANITABESI, iatu sebuah kempen yang menggalakkan wanita Malaysia menjadi versi terbaik mereka.

Menerusi kempen #WANITABESI, sebuah filem pendek yang dibintangi duta jenama baharu Pantene, Yuna bersama personaliti kesihatan dan kecergasan, Linora Low serta bekas atlet terjun negara, Adeline Chin dihasilkan.

Mengambil inspirasi daripada peristiwa sebenar kehidupan mereka, filem itu menceritakan bagaimana mereka menghadapai kesukaran dalam menjadi diri sendiri untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Filem pendek berdurasi itu akan kini bileh ditonton di saluran Youtube Pantene Malaysia.

“Saya berasa bangga untuk dipilih sebagai duta jenama Pantene Malaysia yang baharu. Selama bertahun-tahun Pantene sentiasa menjadi sebahagian daripada rejim penjagaan rambut saya dan saya benar-benar suka jenama ini yang memberi inspirasi kepada wanita dengan membina keyakinan melalui kempen ‘Strong Is Beautiful’ mereka.

Babak dalam filem pendek #WANITABESI

Saya amat suka bekerjasama dengan Pantene dalam kempen #WANITABESI yang mengajak wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka dengan membina keyakinan melalui kekuatan dalaman mereka dan bangkit.

“Saya cukup bernasib baik mempunyai ramai wanita yang kuat atau ‘wanita besi’ dalam hidup saya, bersama-sama kita semua boleh memberi inspirasi kepada satu sama lain untuk mengejar mimpi kita,” kata Yuna ketika pelancaran filem pendek Wanita Besi dan pengumuman beliau sebagai duta jenama Pantene Malaysia terbaharu di Golden Screen Cinema, Mid Valley pada 21 Jun lalu.

Dari kiri: Bekas atlet terjun negara, Adeline Chin; Pengurus Besar, Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, May Teoh; duta jenama Pantene Malaysia terbaharu, Yuna; Ketua Kategori Penjagaan Rambut , Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, Anggia Pulungan dan personaliti kesihatan dan kecergasan, Linora Low

 

Duta jenama Pantene Malaysia terbaharu, Yuna
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!