Panas single terbaharu De Fam

Kumpulan trio wanita popular, De Fam kini muncul dengan single terbaharu berjudul Panas.

Single terbaharu kumpulan yang dianggotai oleh Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz ini telah pun dipersembahkan secara ekslusif di pentas Anugerah Bintang Popular 32 (ABP32) pada 22 September lalu dan telah membuat peminat yang lama menanti karya terbaharu mereka teruja.

Panas merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan rapper tersohor Alif yang turut bertindak selaku penerbit rakaman lagu ini.

De Fam yang kini bernaung di bawah Warner Music Malaysia, single yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu ini turut mengangkat tema memperkasakan wanita, sebagaimana lagu mereka sebelum ini.

De Fam mengharapkan taruhan terbaru mereka ini mendapat sambutan menggalakkan dari peminat muzik tempatan dan mesej positif dalam lagu ini berjaya memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 September 2019.

Bagi yang ingin mendengar lagu oanas boleh klik pada pautan https://wmm.lnk.to/defamPANAS

Ruang komen
URTV
News Reporter