PAK NIL kecewa ditipu peniaga online

Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi luah rasa kecewa apabila ditipu peniaga online.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil telah membeli sehelai jaket namun apa yang diperolehinya bukan seperti di dalam gambar yang diiklankan.

Menerusi laman Instagram beliau, Pak Nil telah memuat naik video menceritakan hal tersebut dan menasihatkan khalayak agar  berhati-hati apabila membeli secara online.

“Kepada mereka yang suka beli barang online macam Pak Nil, hati-hati dan jangan percaya bulat-bulat apa yang diiklankan.

“Kalau beli di kedai, kita boleh periksa, dan pegang. Tapi bila beli online ni kita boleh tengok sahaja.

“Jaket yang Pak Nil beli ini kualiti kain dan rupa memang jauh berbeza daripada yang diiklankan.

“Tapi Pak Nil dah bayar, nak buat macam mana kan. Jadi hati-hati ya agar tak kena macam Pak Nil.

“Pak Nil jadikan ini sebagai pengajaran untuk diri agar lebih berhati-hati bila beli barang secara online selepas ini. Harap anda juga akan belajar daripada kesilapan Pak Nil ini,” kata Pak Nil.

View this post on Instagram

Nak buat duit pun, hagak2 lah...🙄

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!