“Orang mengata, biar Allah membalas,”-SHIMA

DIAM tak diam sudah hampir dua minggu, penyanyi Shima (Ku Nazhatul Shima), 49, bersama sama suami Abdullah Rusli, 41 berniaga makan (nasi berlauk) dekat kawasan rumah mereka di Pangsapuri Lestari Damansara Damai, Selangor. 

“Alhamdulillah, bila yang datang membeli dan  bagi sokongan. Berniaga nasi berlauk, sebelah tengah hari.

“Berniaga makan ni untuk terus mencari rezeki hidup.

“Awal pagi dah bangun bersama sama suami masak di rumah.  Kami ada di warung dari pukul 11.00 sampai pukul 3.00 atau 4.00, ada kala lauk pauk habis cepat. 

“Harga jualan serendah RM1 sampai RM5 sahaja. 

“Bukan tanda dah  tak nak menyanyi lagi, bila berniaga makan ni.  Bila ada tawaran , insya Allah saya terima dan pergi. Ahad kami tak berniaga. Bagi laluan orang lain nak berniaga burger. 

“Tentang cubaan berniaga makan ni, memang penat tapi seronok, hajat di hati suatu hari nanti teringin nak buka restoran atau kafe. 

“Dan dugaan yang buat terkilan tu…biasalah, mulut orang  dalam ada yang bagi semangat , ada pula sibuk mengata, macamlah artis tak patut berniaga tepi jalan.

“Alhamdulillah, saya tak ganggu sesiapa, saya hanya mencari rezeki di bumi Allah. Kepada sesiapa hidup suka mengumpat (mengada adakan dan menokok tambah cerita), biarlah…pada saya hanya  Allah yang balas.

 

“Saya tak mahu fikirkan pandangan negatif dan umpat orang demi nak  terus berniaga,”kata Shima yang memberitahu URTV Online, ada semacam tak selesa bila artis sepertinta mencari pendapatan melalui perniagaan sekarang.

Usah peduli buruk sangka orang. Kita susah senang Allah yang tahu.

Dalam ada yang mengata ramai menyayangi. Shima juga berterima kasih kawan kawan artis seperti Ameng, rakan rakan pengurus artis antaranya Dankerina hadir beri sokongan.

“Saya kena kuat untuk teruskan hidup. Dah bertahun, sakit saraf dan tulang belakang. Selama enam tahun kena makan ubat tapi semua ni bukan penghalang dan suami membantu,” kata Shima lagi.

Buat waktu ini, hanya Shima dan suami di gerai. Tidak ada pekerja lain. Kadang kadang adik angkatnya Ain, datang membantu. 

Lauk pauk dijual antaranya Asam Pedas Ikan, Ayam Masak Lemak, Telur Dadar, Telur Masin, Ikan Goreng dan  Sambal Tumis Ikan.

Kepada sesiapa nak rasa masakan Shima dan suami jom ke gerainya. Ada yang berulang kali datang.

Buat waktu ini pelanggan datang beli secara take away, tapau atau bungkus.

Foto: Ain (untuk URTV)

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!